Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana di sinilah kita dapat merayai pelbagai perayaan bersama-sama yang disambut oleh kaum-kaum tertentu. Blog ini telah menunjukkan perayaan cina di Malaysia yang memeriahkan negara kita.
Ambil satu kertas angpau kemudian lipat di setiap sudutnya sampai membentuk
segi tiga pada bahagian atas dan bawah. Perlu diingat, lipatlah bahagian depan
angpau.
Ambil 3 lembar
angpau dan buatlah kembali seperti pada langkah pertama. Ambil stapler dan
staples pada setiap sudutnya sehingga membentuk seperti pada gambar berikut
ini.
Ambil 4 lembar kertas Angpau dan
ulangi langkah-langkah sebelumnya. Usahakan dalam staples pada setiap sudutnya,
pada bahagian tengah harus benar-benar tertutup. Cukup sekali saja untuk
menstaples tiap sudutnya agar tidak terlalu melobangi kertas dan menjadi mudah
robek ketika di gantung.
Sekarang adalah langkah penggabungan.
Penggabungan daripada beberapa kertas Angpau ini harus dilakukan dengan teliti
agar tidak merosakkan permukaannya. Gabungkan kedua-dua kertas Angpau yang telah
dirangkai, lalu staples pada setiap sudutnya dan membentuk seperti lentera.
Pasangkan bahagian pertama sudut sampai sudut terakhir.
Selepas siap gabung dan membentuk sebuah
lentera, gantungkan lentera itu dengan benang merah. Biasanya, kita akan
menggantungkan beberapa lentera untuk menambahkan suasana Tahun Baru Cina.
0 comments:
Post a Comment