Sunday, 9 April 2017

Ketupat Cina


Description    Bahan-bahan

1.   60 helai daun buluh 
2.   Tali (Diikat pada satu hujung dan dibahagikan kepada 3 setiap 
       satu)
3.   1kg pulut (direndam 3-4 jam)
4.   1kg ayam/ daging (dipotong 48 ketul)
5.   200g kacang merah (direndam 1 malam)
6.   24 biji buah berangan kering (direndam 1 malam)
7.   ½ cawan (60g) udang kering
8.   12 biji kuning telur masin (dibelah dua setiap satu)
9.   12 kuntum cendawan shiitake kering (direndam dan dipotong 
       dua)


Description    Bahan-bahan untuk Ayam/Daging

          Description *1 sudu besar minyak masak
      Description*2 ulas bawang putih
    Description*2 ulas bawang kecil
    Description*1 batang kayu manis
      Description*1 sudu kecil gula
      Description½ sudu besar serbuk 5 rempah
      Description1 sudu kecil serbuk lada putih
      Description1 sudu kecil sos tiram
      Description2 sudu besar kicap pekat
      Description2½ sudu kecil garam (biar masin, sebab kuah ni diguna 
               untuk pulut)
    Description½ cawan air



Description    Bahan-bahan untuk Pulut
                   Description  1 sudu besar minyak masak
          Description 2 ulas bawang putih
          Description 2 ulas bawang kecil
          Description 1 sudu kecil serbuk lada putih
          Description ½ sudu kecil serbuk 5 rempah

Description    Langkah-langkah

Description Daun buluh direndam semalam dan direbus ½ jam bersama tali yang dipotong, supaya daun jadi lembut dan senang dilipat nanti.


DescriptionBersihkan daun buluh dengan span atau kain, Potongkan hujung daun yang panjang dan tajam. Rendam dalam air bersih dan diketepikan.


Description Ayam/Daging: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan * dan tumis sampai nampak perang sikit. Masukkan daging, cendawan dan buah berangan, dan juga bahan-bahan untuk daging yang lain kecuali air. Goreng sampai dah jadi kering baru tambah air dan masak lagi untuk 15 minit. Padam api dan tapiskan kuah.


Description Pulut: Panaskan minyak dan tumis bawang bersama udang kering sampai nampak perang sikit. Masukkan pulut dan kacang merah, goreng seketika dan masukkan kuah dari (3). Masukkan juga lada putih dan 5 rempah, kacau sehingga sebati dan kering.




Description Balut: Ambil 2 helai daun buluh seperti dalam gambar. Sebelah yang licin menghadap ke dalam. Kalau buat saiz kecil, guna 1 helai daun yang besar.




Description Lipat daun buluh seperti dalam gambar. Isikan sedikit nasi pulut, buat lubang ditengah-tengah seperti dalam gambar.






Description Masukkan 2 keping daging, 1 keping cendawan, 1 biji buah berangan dan ½ biji kuning telur masin. Letak secukup pulut untuk tutup isinya. Tutup daun buluh dan tekan sedikit seperti di gambar.



Description Terbalikkan dan buatkan/betulkan tanduk seperti dalam gambar.






Description Pegang daun di tepi, lipatkan hujung daun. Patahkan tulang daun (tapi jangan sampai putus) untuk membentuk tanduk.



Description Ikat secara melintang. Jangan ikat terlalu ketat kerana pulut akan kembang apabila dimasak.




Description Ulang sampai habis.


Description Panaskan air dan rebus selama 2 jam dengan api kecil (perlu ditutup dengan tudung).





Cara membuat Ketupat Cina

0 comments:

Post a Comment