Sunday 9 April 2017

Tang Yuan



Description  Alat & Bahan
1.   Sudu kayu
2.   300g tepung pulut
3.   ½ cawan air panas
4.   1 cawan air suhu bilik
5.   Air pandan
5.   Pewarna (merah jambu)



Description  Bahan-bahan untuk Inti
1.   Kacang tanah (dikisar)
2.   Gula pasir (dikisar)



Description  Bahan-bahan untuk Air Sirap
1.   Air
2.   Gula pasir 

3.   Daun pandan




Description  Langkah-langkah

Description Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cawan air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit demi sedikit sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.




Description Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut cita rasa. saya menggunakan air pandan, warna merah jambu, dan satu bahagian biar warna asal. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati.




Description Gaulkan kacang tanah dan gula pasir. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis.




Description Rebuskan bebola dalam air yang sedang mendidih. Apabila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan ke dalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.




Description Untuk air sirap. Masukkan lebih kurang 1 liter air dan masak dengan gula pasir bersama daun pandan. Rasa manis mengikut suka.




Description Tang Yuan siap dihasilkan.



DescriptionRujuk lebih banyak tutorial:








0 comments:

Post a Comment